salam kata-kata..

semua yang ditulis hanyalah luahan rasa, yang punya kait-mengait dalam dunia kehidupan. semoga ia berupa makanan ringan untuk dikunyah dan dirasai dalam rempah kehidupan.

jika terasa atau merasa terimalah ia adalah satu kebetulan, dan sama-samalah kita memperbetulkan, kerana tujuan sebenar ikhlas

Pages

tempolong

sebelum lombongan begelak
macam-macam
ala yang sakit lutut
ala yang mengalah
ala yang berkesah-kesah

tapi
kadir bersatu juga akhirnya
pergilah
ibu-ibu
ayah-ayah
nek bas beramai-ghamai

torkojut kita
ajaibnya
ciptaan maha kuasa
nasib bek ala lombongan

gua tempolong
aduhhhhhh....indahnya
terkedu aku
melihat

cantik sekali alam maya ini...
tima kaseh...erk bos..

yang sebenar..

aku juga insan kecil
tidak ku tahu
langkah ku tepat atau kecundang
tapi aku ikhlas
kerana
kasih dan sayang
rasanya aku bukan ketam
tapi
aku ibarat tali
kamu-kamu bergantungan pada tali ku
ku lihat
tali bergoyang ditiup angin
tapi kamu-kamu masih kuat bergayutan pada tali ku
ku mohon pada mu Allah
semoga aku terus kuat
gagah
sihat dan mampu
demi kamu
demi amanah mu Allah
.......
anakanak
kamulah segala-galanya...

hari..hari

aku melihat
kamu membesar
dewasa dengan pelbagai cara

antara setuju
atau
rasa gusar

kamu anak-anak
terus bergaya dengan cara mu

antara resah dan gembira
di hati
tiada henti doa
moga kamu dijalan2 yang di redhai
akan ku iring penuh restu
moga kamu mekar harum
menyenangi dan menyinari insan-insan lain

kawan...

sesudah lama
tanpa sebarang berita

tiba aku tersentak...
namun aku percaya kau insan tabah
syilah
masa yang silam
menjadikan aku rindu
pernah kita
sengketa
pernah kita riuh rendah
hidup sebilik jalan bersama
ku doa ku doa
moga kita kan bersua
dengan senyum gembira
syilah..o syilah

jiwamu, jiwa ku

kata ku bukan batu-batu
yang ku lontar
untuk mencacatkan mu
untuk menyakitkan kamu

leteran
kenapa..
itulah yang nyata
yang bla..bla...
kamu rasa
kamu sebut
entah apa di akalmu
entah di mana tujuan
tinggi cita
mana cara
mana usaha

waktu senggang
adakah emosi sudah mengalahkan dirimu
lupa sudah azam di jiwa
cita di hati

jiwa mu
yang kuat,
banyak lagi duri juga halangan,
bukan untuk satu hari
tetapi untuk bertahun-tahun
............... ....... .. .

kenapa..mengapa..

cerita

cerita anak muda lagi..
minggu lalu ada peperiksaan, tentulah semua ibubapa begitu mengharap kejayaan anak2, paling tidak pun lega jika lihat mereka bersungguh belajar..
kenapalah...
cerita sedih saja pasal anak melayu
melihat kamu anak bangsa, rasa terkilan dan kecewa
apa tidaknya..duduk di kelas bukan saja tidak menjawab sebarang soalan, melihat kertas tanpa sedikit pun keinginan belajar, hanya sembang kosong, menyakitkan hati kawan dan guru,bila ditegur lembut langsung tidak endah, tegur kuat terus menengking...
itukah yang kamu banggakan,
anak muda buat benda baik dikatakan skema,
teguran seperti satu peperangan buat kamu,
marah cikgu seperti musuh, tidak ada hormat malah kurang ajar
sedihnya guru, apa lagi ibubapa
kenapa jadi begitu...

kamu

kamu ketawa
kamu riuh
seolah tiada keresahan
tiada kebimbangan

indahnya anak muda
hidup dengan rasa sempurna

kenapa hanya tidur
bangun
makan
riuh lagi
bila akan berubah

bangun awal pagi
solat
bersama riang makan pagi
bersama hulur tangan

kerna kami yang tua
seperti ada kesedihan di hati

debaranmu..

sewaktu kamu merintih
rasa kepayahan
jua bimbang

itulah mutiara mutiara
yang perlu kamu gali
kamu cari
kamu bersih dan gilap

itulah ilmuilmu yang
mekar bersama dirimu

biar susah dan perit
titik kejayaan yang akan kamu julang
itulah kebanggaan yang akan
penuh kepuasan,

teruslah sayang
penuh restu dan doa
mengiring setiap langkahmu

apa jua hasilnya
ibu tahu
kamu telah
penuh berusaha

insyaalah jaya milik mu

dinihari

ketika matahari sudah lama membenamkan diri
kamu terus jaga
entah apa yang dibicara
bersama taulan
yang juga sama seperti mu
mama selalu berkata
malah terus berkata

bila kita mau bicara
waktu tidur mama waktu itu kamu jaga
waktu jaga mama kamu pula yang lena

sunyi rasa dunia
seribu rasa ingin diluah
terpendam dalam jiwa
rasa tak kena saban masa

apa jua daya mama
saat terus beredar
melihat kamu bertambah tinggi
namun di mana dewasa akalmu

ke mana
apa
betulkah
benarkah
segala cita itu...

cinta

cinta apa maksudnya
siapa dapat menghalang perasaan itu

cuma kita perlu tahu
adakah itu cinta
kerna antara dua insan yang berbeza
tentunya saling tertarik

perlu lagi kita berfikir
kuatkah iman

kuatkah iman

kuatkah iman...

rokok sebatang

satu hari rm 3
dibakar
disedut yang konon sedap
mengundang kebencian dan sakit hati
ibu-ibu

perasaan

rasa sedih bercampur kecewa
mengapa perlu dilayan buaian perasaan itu
telah berulangkali gelombang jiwa melanda diri
telah banyak onak dan duri
sejak dalam buaian hingga kini gagah berdiri
malah berlari..
bukan satu, dua atau tiga
selembut ombak dipantai atau setinggi tsunami sewaktu mengganas
siapalah dapat memahami diri
perasaan demi perasaan
lega..gembira, ria
bersimpangsiur lara juga derita
cerita berbagai cerita
dijulang malah dibenam

sedikit terguris terus merajuk luka
membalas tanpa peduli pada siapa

walau apa jua
akan ku terus gagah
melangkah dengan senyum berulit rasa
semoga ALLAH memberi kekuatan
kebaikan pada kehidupan ini..

coti...

seronoknya cuti. pagi2 jln ngan naurah keliling kampung. sedut udara segar. lawat rumah baru, cantik sungguh.
balik potong rumput,bersih sekitar halaman, seronok tengok orkid berbunga, pokok yg ditanam menghijau. rasa amat bersyukur.
tengahari msak sambal sotong and ikan bakar, kesian ank2 yg jauh, klu baca ni teringin agaknya.
petang rehat, baca paper kat internet. rasa simpati melihat 'ibu'yg bersedih kerna anknya ditangkap sebab proses dadah. semoga Allah memelihara keluarga ku serta mendatangkan kepada kebaikan sehingga akhir hayat.
sembang2 dgn mkdak na & ustzah belakang rumah. Kisah anak2, risau, bimbang sudah menjadi naluri ibu2.
mlm ke kedai barang plastik, si penjual seorang wanita mungkin 30an umur dia, tegur melor bila bersalin, nampak mcm sarat. terkejut. jawabnya bkn anak yg dikendong tapi penyakit, ada ketumbuhan, ada kencing manis..byk penyakit katanya. tambah kesian tengok keadaan kedai yang bersepah, seorang diri nak uruskan, tak nampak pun pembantu. dia juga seorang ibu..berbagai tanggungjawab yang digalasnya . semoga Allah memberi kebaikan juga kepada ibu itu

sembang

macam2 cerita .. anak2 kita bergerak dewasa,gelombang hidup melingkari seorang ibu.Risau dan bimbang.

Hari ini..

melihat anak di hujung remajanya
datang dengan penuh debaran

melihat secebis kertas
yang mencorak ke mana haluan

tinggallah sekolah
tinggallah beribu2 kenangan

sudahkah impian menjadi kenyataan
usah lama bersedih
jangan gembira hingga rosak segala

buku yang baru bakal ditulis
carilah pen berdakwat mutiara


selamat datang
selamat datang
ke pancaroba dunia dewasa

awa

perit kesakitan
merengek, mengaduh


kami merasa, kami simpati
moga Allah memberimu kekuatan
pada apa jua yang datang

semoga awa tenang
kerana itulah keperluan
dalam getir

gelombang kuat itu
pasti berlalu
kerana kita semua yakin
awa kuat, awa memangnya kuat
kami mengiringi mu
kerana
kasih dan sayang antara kita

dua anak cina

Seminggu ini,melor agak gusar. Tugas boleh dilaksana tapi tak boleh dibuat seorang diri.
Pada siapa pertolongan nak diminta..Jadi melor buat keputusan tanya ank murid, siapa nak volunteer tolong cikgu. Ramai juga angkat tangan.
Pagi jumaat pergilah ke dewan. Kelas 5a ni ada 14 orang saja. Dari jumlah tu adalah tujuh orang yang tolong, angkat kerusi,pasu bunga. Berat. Rasa kesian tapi apa nak buat terpaksa juga dilaksana. Adalah nak belanja minum, tapi budak2 tu tak datang pun jumpa melor untuk ambil duit yang dijanjikan.
Habis kelas 5a,datang pula 5d. Ada dua anak cina berkata, kami boleh tolong tapi ada syarat. 'Kami dah 2 bulan merayau semasa aktiviti kokurikulum sebab belum masuk apa2persatuan. Kalau kami tolong cikgu benarkanlah kami masuk persatuan cikgu'.
Melor jawab persatuan cikgu dah ramai, kalu nak join lagi takda tempat. Sebenarnya mereka dah 3 kali nak masuk persatuan seni.Tapi x boleh sebab ahli yang melebihi kuota.
Rasa simpati memang dah ada, kesian juga mereka ni tingkatan 5, nanti sijil kokurikulum kosong kalau takda aktiviti.
Lalu melor jawab, 'akan dipertimbangkan, esok datang dewan dan jangan balik sehingga selesai semua tugas'.
Pagi ini awal2 mereka datng jumpa melor. Sehingga berpeluh-peluh mengangkat meja dan kerusi, membuat semua yang cikgu arahkan. Pelajar yang angkat tangan ada datang tapi hanya menjenguk.
Semasa acara berlangsung melor nampak mereka mereka tak jauh dari persekitaran dewan.
Habis saja acara, sedih juga rasa. Hampir semua bergegas pulang.Terjerit2 melor memanggil anak murid membantu, ramai yang mengelak.
Tinggallah melor bersama 3 pelajar melayu dan 2 anak cina tadi. Merekalah yang membantu. Bersungguh2 anak cina itu. Sehingga ke akhir mereka bertanya lagi 'ada apa lagi nk tolong cikgu?
Hati melor tersentuh. Begitu sekali usaha mereka untuk mendapat sesuatu. Kuatnya jiwa anak ini.. walau itu hanya sekecil perkara namun 'besar' buat dia.
Bersemangatnya dia. Gigihnya mereka.

Hati

seketul hati
yang sentiasa segar

punya keinginan
tanpa hentihenti

sehingga
suatu hari
bertanya-tanya dalam diri
siapakah yang beraja dalam diri

alhamdulillah
tanpa mu akal
entah apa jadinya...

Doa ibu

sewaktu muda
hati ibu
begitu mengharap
kamu menjadi insan sempurna
berusahalah ibu
siang juga malam
menyeru kamu
belajar
tentang ilmu-ilmu peperiksaan
kerana itulah
pintu-pintu kejayaan

kini
ketika usia semakin senja
ibu terus berdoa
buat anak kandung
juga anak sebangsa

buat ibu
universiti kamu patut jejaki
topi ijazah kamu perlu capai
sayang...
segulung ikhlas ikut bersama
bertiangkan iman
berbumbungkan keyakinan

jadilah anak yang baik
hanya itu doa ibu

Kita

yang namanya famili
perlu merasa

apa di hati ayah
rasa yang melingkari ibu
gelora anak gadis
gegar si teruna
jerit adik kecil

kerana kita sering bertarik
bila kita terjatuh
bila kita demam
ah..bila kehabisan ongkos


betul
cubit di kiri kanan terasa
air di kerat tak pernah putus
kita saling memerlukan
kita sebenarnya
sering merindu dan dirindu

seperti tidak ingin berpisah
antara kita

mimpi

hari ini
ingin rumah besar
kereta besar
badan cantik
wajah berseri


suami nan lengkap
anak yang ideal

terlupa??

kecil sekali empunya diri
melihat diri hanya di cermin
nampak rupa di depan
belakang !
hanya bayangan

ooohhhhh

kamu anak muda

selalu emak berkata
selalu emak berkata lagi berkata
maka anak muda
jelak
katanya
itu hanya leteran
yang mengganggu perjalanan keseronokan

kata emak
dia bimbang
dia bimbang
tentang anak gadis
tentang anak teruna

bagaimana masa depan
jika asyik dengan motor
jika asyik dengan facebook
jika asyik dengan cinta
jika hanya melayan keseronokan

ke mana kamu nanti
di mana iman
di mana keyakinan
di mana azam

bukankah kamu permata
permata yang setinggi langit nilainya

kamulah anak muda
harapan kami
yang bernama

ibu..

anak-anak

anak2, hidup ini satu perjalanan. adakala kita sedih adakala kita ria..
Hati2 ketika berkata, ingat hati selalu xsama dengan akal..
Jangan luah kan segala isi hati pada dunia,

ramai suka mendengar dan melihat...
sedikit yang menumpang rasa.....
masa yang indah di bumi punyanya Allah.
Masa bergerak tanpa henti
walau kita sayang ia tetap berlalu, walau ia indah ia tetap berlalu.
Hari ini bakal menjadi sejarah. 5 tahun lagi kamu akan rindu detik ini, kerana kamu remaja.
Lihatlah masa lalu, bukankah ada perkara yang kamu sesal...
Jadi binalah diri...
Kejarlah impian, cita2 bukan khayalan...
Kitakan anak melayu, muslim yang berjaya

Percayalah anak2
semua
ibu2 ayah2....
begitu sayang dan menunggu kejayaan hidupmu

kisah hawa melor putih

salam... sudah lama ingin berkisah, bercerita, berkata-kata. Tentang hawa yang beribu-ribu peristiwa. Berbagai-bagai. Yang manis,pahit. Apa salahnya kisah dikongsi, buat tatapan mungkin juga berkongsi rasa....
Sebenarnya benar segala ketentuan Allah, telah tersurat. Kata-kata "kita hanya merancang", rupanya bukan sekadar kata, bukan wayang atau lakonan.
Semoga kisah dan kisah..., kan menyumbang dan membina minda insan yang bergelar ibu...