salam kata-kata..

semua yang ditulis hanyalah luahan rasa, yang punya kait-mengait dalam dunia kehidupan. semoga ia berupa makanan ringan untuk dikunyah dan dirasai dalam rempah kehidupan.

jika terasa atau merasa terimalah ia adalah satu kebetulan, dan sama-samalah kita memperbetulkan, kerana tujuan sebenar ikhlas

Pages

sunyi

ruang begitu luas
boleh ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah
bebas
tetapi semuanya bisu
tiada suara mahu gerakan
di luar
bunyi hujan...diiring angin ,juga dedaun berguguran
kini
aku bicara seorang diri,
bukan sedih atau apa-apa
hanya memahami
setiap insan ...ciptaan yang kuasa
bermula tiada berakhir dengan tiada juga

tempoh ini
sewaktu hari menjadi senja
pokok yang sudah merendang
merenung hari mendatang
tiada apa yang perlu disedihkan
kerana kita milikNya.