salam kata-kata..

semua yang ditulis hanyalah luahan rasa, yang punya kait-mengait dalam dunia kehidupan. semoga ia berupa makanan ringan untuk dikunyah dan dirasai dalam rempah kehidupan.

jika terasa atau merasa terimalah ia adalah satu kebetulan, dan sama-samalah kita memperbetulkan, kerana tujuan sebenar ikhlas

Pages

emak, emak

sewaktu aku menatap
dalam usiamu yang hampir se abad
wajahmu masih ceria
penuh nasihat dan nasihat
senyum dan tenang dengan pelbagai kerenah

hari ini engkau bersedia lagi untuk ke Kaabah
walau tiada gaji beribu
tiada ijazah di tangan
di belakang mu beribu kepayahan telah engkau tempuhi
berjuta dugaan telah engkau harungi
tapi emak emak itu
begitu tinggi ilmunya
begitu besar dan kuat jiwanya
sememang aku kagum
lagi ku sanjung

pada hati kecilku berkata
aku juga seorang emak
yang penuh kira-kira
bolehkah aku menjadi seperti emak,emak
yang kuat, lagi bergaya.....

suara hati

sekian lama tidak menulis, rasa rindu pula.kat sini rasa macam boleh keluarkan isihati, nyatakan apa yang tak terucap. Dalam menjelajah dunia dewasa...mcm2 yang dilihat, didengar, dilalui dan diharungi.Terasa amat bersyukur dengan segala yg ada, wlu kadang2 rasa ingin itu ini..namun atas kesedaran akal, boleh juga mengawal hati yang sentiasa diganggu nafsu
kerana saya seorg wanita, perasaan menjaga diri selalu ada
kerana saya seorang anak, rasa tnggungjawab pada ibubapa mesti kukuh
kerana saya muslim, ingin patuh pada semua suruhanNYA menjadi kemestian
kerana saya seorang ibu juga isteri kecintaan kepada keluarga adalah segalanya....