salam kata-kata..

semua yang ditulis hanyalah luahan rasa, yang punya kait-mengait dalam dunia kehidupan. semoga ia berupa makanan ringan untuk dikunyah dan dirasai dalam rempah kehidupan.

jika terasa atau merasa terimalah ia adalah satu kebetulan, dan sama-samalah kita memperbetulkan, kerana tujuan sebenar ikhlas

Pages

mimpi ku

telah setahun ibu dan ayah
pergi jauh
begitu banyak perubahan
terasa sepi
amat sunyi
pertama kali aku bermimpi
engkau ibu datang menjenguk
senyum penuh ketenangan..
wajah muda berseri
acapkali engkau datang
walau hanya dalam tidur
sentiasa engkau menghulur lembut tangan mu 
terkini ku mimpi lagi
suara hatiku melihat tenunganmu
terasa keluhan mu
mengharap kalam Allah dibaca
leka di bumi ini
Maha Kuasa Allah
aku amat bersyukur
dianugerah ibuayah yang sering mendampingi
walau telah bersemadi