salam kata-kata..

semua yang ditulis hanyalah luahan rasa, yang punya kait-mengait dalam dunia kehidupan. semoga ia berupa makanan ringan untuk dikunyah dan dirasai dalam rempah kehidupan.

jika terasa atau merasa terimalah ia adalah satu kebetulan, dan sama-samalah kita memperbetulkan, kerana tujuan sebenar ikhlas

Pages

kamu anak muda

selalu emak berkata
selalu emak berkata lagi berkata
maka anak muda
jelak
katanya
itu hanya leteran
yang mengganggu perjalanan keseronokan

kata emak
dia bimbang
dia bimbang
tentang anak gadis
tentang anak teruna

bagaimana masa depan
jika asyik dengan motor
jika asyik dengan facebook
jika asyik dengan cinta
jika hanya melayan keseronokan

ke mana kamu nanti
di mana iman
di mana keyakinan
di mana azam

bukankah kamu permata
permata yang setinggi langit nilainya

kamulah anak muda
harapan kami
yang bernama

ibu..

1 comment:

  1. beitulah kami anak muda,.terlalu mudah terleka dan alpa..ya Allah,adakah kami telah kecewakan ibu bapa? tunjukkanlah kami NURMu supaya kami tidak taksub pada dunia..

    ReplyDelete